Ini makanan kegemaran family…..,klu dah kumpul ramai2 mesti masak ni….
Bahan2:
- 1kg Daging
- 1kg Perut Lembu
- 1 kg Hati paru lembu
- 1kg kacang tanah (Goreng tanpa minyak, blend)
- Rempah Sup ( Kena fikir sendiri berapa banyak yg bersesuaian )
- Air
- Bawang Putih, BAwang Besar & Bawang Merah
- Susu Cair / Santan
- Kicap Pekat
- Cili api ( Untuk sambal goreng dimakan dengan coto)
- Minyak masak ( Untuk goreng cili api )
- Bihun/ Nasi himpit
- Garam & Serbuk perisa
- Gula
- Limau Kasturi
- Bawang Goreng
- Daun Sup
- Halia, Lengkuas & Serai (Diblend)
- Buah Keras diblend
Cara2:
- Daging/Perut/Hati paru – Dipotong2, Dibasuh dengan bersih, kemudian Direbus 2 kali. Rebusan pertama dibuang airnya. Kemudian rebusan kedua dijadikan kuah coto. Masukkan rempah, bawang2 yang telah ditumbuk lumat,bahan2 yang telah diblend dan kacang tanah yang telah diblend. Masak hingga hempuk/ lembut. Masukkan air untuk tambahan kuah coto kemudian masukkan susu cair/garam/penambah perisa gula & kicap pekat. Tunggu hingga mendidih dan matikan api.
- Rebus beras nasi himpit hingga masak. Sejukkan dan potong kiub.
- Celur bihun dan toskan.
- Goreng bawang yang telah ditumbuk lumat dan masukkan cili api yang telah ditumbuk lumat, masukkan garam/ serbuk perisa & gula.
- Hidangkan dalam mangkuk dengan ditabur dengan bawang goreng & daun sup.

masakan ni sy dan suami pernah cuba selepas berpindah balik dari sandakan ke semenanjung…memang sedap, cuami resepinya diubah suai sendiri berasaskan resepi soto johor
bagus tu…ubah suai…leh jadi resepi yang lebih bagus…,saya pun ubah suai jugak….,tak macam yang bapa saya ajar….
Akhirnya jumpa juga resepi ni! Terima kasih kerana mengupload di sini. Boleh saya tau apa beza coto makassar yang ori dgn yg diubahsuai ini?
Hi Jovi, sama2….,dan tq juga menjenguk di sini. Sebenarnya lain orang, lain cara masaknya. Masa saya belajar mula2 masak ni, ada yang kata kuah tu guna air basuhan beras. Dah berpuluh kali masak, saya buat perubahan dan tambahan ke atas semua resepi yang saya belajar mengenai SOTO MAKASAR ni. Kadang2, saya akan gunakan bawang besar yang telah diblend untuk memekatkan kuah dan memberikan rasa yang lebih. Kalau semua tu cukup, tak perlu lagi lah penyediaan perisa tambahan seperi kicap atau apa2 la ketika menjamu selera.
Selamat mencuba……makan ramai2 sedap tu….
Mantap la. Terima Kasih untuk resipi ni. Lepas ni saya mau cuba buat pula. Hehehehe
Sama-sama…cubalah…boleh makan ramai2 dengan keluarga dan kawan2..